Tuesday, 18 September 2012

Menyingkap Jendela Sejarah. Demi Mengukuh Kekuda Perjuangan.

Bismillah.. Ba'da selawat tahmid dan takbir.
     Alhamdulillah, syukur dirafa'kan kehadrat Ilahi kerana masih diizinkan diri untuk bernafas di bumi "minyak ini". Disaat setiap benda diistihar naik, passport utk terus hidup di muka bumi iaitu "nyawa" anugerah yg Esa masih free kita semua kecapi. Terasa sangat hina diri, meminjam segala kemudahan yg sedia terlekat di jasad ini, namun adakah cukup ucapan "terima kasih, alhamdulillah" kita rafa'kan bagi-Nya. Maha Kasih dan Penyayang yg Esa buat hamba-hambaNya tidak pernah terpadam, Alhamdulillah.
     Di saat membelek dan menyusun "rahal" bertingkat di teratak usang. Tiba-tiba admin terjumpa "kertas usang" seusang usia teratak usang admin agaknya. Namun ianya umpama "harta karun" bagi admin. Allahuakbar, rupanya naskah MANIFESTO PAS 1969 - bagi persiapan pilihanraya ke-4. Terus admin murajaah manifesto tersebut. Mengkaji dan dengan ghairah ingin menjadi saksi adakah PAS kini telah terbabas dengan perjuangan asalnya.
     Admin terus meneliti, Nah..akhirnya admin tersenyum seorang diri "kagum!!". Terpukul dek kemantapan cara fikir dan merancang golongan terdahulu dalam PAS. Yang bagi admin bukan sekadar educated, malah berpandangan advance dlm berpolitik juga memimpin. Jujur admin katakan, saff kepimpinan PAS sehingga sekarang adalah yang terbaik dlm DUNIA POLITIK Malaysia. Setujukah anda?.
     Admin juga terpukau pada page 5 manifesto PAS 1969. Dibawah tajuk "GARIS-GARIS PERJUANGAN PAS": Bukti menunjukkan Negara Berkebajikkan telah menjadi sebahagian dari dasar PAS sejak dahulu. Terjemahan 2 dlm 1 antara terikatnya "Islam dan syariat hablum minannas". Iya benar!, Taarif Islam adalah SEJAHTERA/BERKEBAJIKKAN. Dan yakinlah, kebajikkan yang di ajar oleh Islam adalah yang terbaik. Bukan kebajikkan yang segar di laung atas "Backdrop" JANJI DITEPATI, nun tersirat di lubuk sana pelbagai najis tercalit. Wallahualam.


-Admin pray: "Hidup Mulia Au Mati Syahid".


Monday, 17 September 2012

DAPATKAN BUKU KECIL 100 SEBAB ANDA SEBAGAI RAKYAT WAJIB MENOLAK UMNO/BN.

      
      Bismillah.. Dengan ini http://syababpas-n30.blogspot.com/ berkongsi dengan rakyat Malaysia buku kecil yang sangat bermanfaat. Dilakar dengan teliti oleh Al-Fadhil Ustaz https://www.facebook.com/ahmadfadhli1980?ref=ts merangkap ketua penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, juga menjawat jawatan Setiusaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
      Buku kecil yang boleh dilabel "sebagai nota penting isu semasa" ini berguna sebagai muhasabah dan renungan, pastinya dengan tulus ingin menyaksikan Malaysia bersih indah dari kepimpinan yg tidak berintergriti UMNO BN.

      Selamat membaca!!. KLIK: http://www.mediafire.com/?9fgi1slm4gefxwb

-Admin pray: "Hidup Mulia Au Mati Syahid".







 

Thursday, 13 September 2012

Bismillah.. Kelahiran Blog SyababPAS Bagi N30 (Limbongan), Pasir Puteh Kelantan.

     Bismillah, Allahuakbar wali laailhamd. Dengan ini Pemuda PAS N-30 Kelantan telah menyediakan Blog yang boleh diikuti sebagai SyababPAS-N30.blogspot.com sebagai lidah dan wadah tambahan. Bagi menjadikan jambatan informasi setiap gerak kerja dan program Pemuda PAS N-30 Kelantan bersama rakyat setempat dapat dikongsi bersama rakyat Malaysia.
    Akhirnya, moga setiap amalan kita diperhitungkan oleh Allah sebagai amal jariah, dan diberkati oleh Allah hingga akhirat sana. "Kullu am, wa antum bikhair".

-Admin pray: "Hidup Mulia au Mati Syahid".